Padah angau bini orang

on 28 Julai 2013

Miri: Gara-gara hubungan cintanya dengan isteri orang terputus, seorang lelaki hilang akal apabila bukan saja menceroboh, malah cuba memukul dan mengugut bunuh suami wanita itu di Jalan Jee Foh, di sini, semalam.
Suspek yang berusia 20-an dikatakan kemaruk cinta terhadap wanita itu dengan menceroboh masuk rumah teres dua tingkat didiami mangsa dan suaminya, jam 1.30 pagi.

Difahamkan, lelaki itu pernah menjalin hubungan sulit dengan wanita berkenaan, namun kekasihnya memutuskan hubungan, menyebabkan suspek tidak dapat menerima kenyataan.
Menurut sumber, ketika kejadian, wanita terbabit bersama suaminya yang juga jurutera berusia 28 tahun sedang tidur. Mereka terjaga selepas mendengar tingkap bilik diketuk dari luar.

Katanya, bukan setakat memanggil nama wanita terbabit, lelaki itu bertindak berani apabila cuba mengumpil tingkap selain merayu kepada si suami untuk bersemuka.

“Bimbang kejadian lebih buruk, pasangan suami isteri itu akhirnya membenarkan suspek memasuki melalui balkoni untuk berbincang, namun kejadian sebaliknya berlaku.
“Mungkin disebabkan berang dengan tindakan wanita terbabit yang mahu memutuskan hubungan, suspek mengejar serta memukul dan mengugut bunuh suami wanita itu.

“Berikutan itu, berlaku pergelutan antara suami wanita terbabit dan suspek sebelum dileraikan dengan bantuan seorang rakan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum ini,” katanya.
Katanya, lelaki itu kemudian ditahan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang bergegas ke tempat kejadian, namun suspek sempat memberi amaran akan membalas dendam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved