Nukilan terakhir di Facebook

on 28 Julai 2013

Temerloh: “Tiga hari lalu abang menulis di status Facebook miliknya memohon maaf kepada semua kenalan dan itu nukilan terakhirnya sebelum kami mendapat berita kematiannya,” kata Mohd Solehan Mohd Khaidir, 25, adik kepada Muhammad Luqman Mohd Khaidir, 26, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 143 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Batu 4 Jalan Karak, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, Muhammad Luqman yang juga anak kepada Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad, mati di tempat kejadian manakala dua rakannya cedera parah.

Mohd Solehan berkata, dia hanya menyedari abangnya menulis status berkenaan itu beberapa jam sebelum kejadian dan menyangka ia hanya ucapan maaf biasa kerana abangnya tidak menujukkan sebarang perubahan.
“Kehilangannya begitu dirasai kerana sebagai anak lelaki sulung, dia sentiasa mengambil berat akan kami adik-beradik. Dia juga disenangi semua orang, termasuk sanak saudara serta rakannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Mentakab.

Adik ketiga mangsa Mohd Syafiq Mohd Khaidir, 19, berkata, sehari sebelum kejadian, abangnya mengejutkan mereka sekeluarga untuk bangun sahur dan dia kelihatan sangat ceria.

“Kami pada mulanya hairan kerana sebelum ini abang jarang mengejutkan kami sekeluarga, namun sebaik melihat wajah cerianya, segala tanda tanya lenyap begitu saja. “Kami tidak menyangka itu kali terakhir dia berbuat demikian sebelum pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi, dekat Lebak, jam 9.30 pagi semalam.

Sementara itu, Mohd Khaidir, 51, berterima kasih kepada sanak saudara dan orang ramai yang membantu sehingga jenazah anaknya selamat dikebumikan.
sumber :mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved