Mangsa culik dibebas dalam keadaan bogel

on 16 Julai 2013

Shah Alam: Seorang lelaki sedang minum bersama teman wanitanya di sebuah restoran ‘diculik’ sekumpulan lapan lelaki pada jam 3 pagi, semalam sebelum dibebaskan 90 minit kemudian dalam keadaan bogel.
Mangsa berusia 24 tahun dilarikan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard menggunakan nombor pendaftaran palsu sebelum dibawa ke kawasan hutan yang tidak diketahui lokasinya.

Suspek meminta wang pampasan RM6,000 daripada keluarga mangsa, namun hanya memperoleh RM3,000 sebelum mangsa dibebaskan di Kilometer 4.5 Lebuhraya DUKE, pada jam 4.30 pagi, hari sama.
Sumber berkata, sewaktu dibebaskan mangsa ditemui seorang pengguna lebuh raya dalam keadaan bogel dengan kesan cedera di kepala dan muka.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved