on 20 Julai 2013

London: Seorang lelaki kini bertarung dengan maut apabila sebatang kayu snuker tertusuk ke matanya, menembusi sehingga otak sebelum terhenti di dinding tengkorak.
Sam Willers, 23, sedang leka bermain snuker dengan kawan-kawannya apabila seorang rakan menujah kayu itu ke mata mangsa.

Difahamkan doktor hanya memberikan satu peratus peluang untuk Willers selamat.
Namun, selepas pembedahan mata dijalankan dan Willers diletakkan dalam keadaan koma bagi membantu otaknya pulih, pemuda itu semakin pulih daripada kecederaannya.

Kenalan Willers, Angela Harwood, 58, berkata pemuda itu kini sudah sedar dan mula bercakap.

“Bahagian kirinya dalam keadaan baik, manakala doktor sedang mengusahakan pemulihan bahagian kanan,” katanya.
Menurut Angela, masa yang lama diperlukan sebelum Willers pulih. “Selama tiga minggu sebelum ini nasibnya tidak menentu,” katanya. Willers dari Denmead dekat Winchester dikejarkan ke Hospital Besar Southampton sebaik saja kemalangan berlaku.

Dia dipindahkan ke Hospital Queen Alexandra di Portsmouth dan kekal berada di tahap “serius” sejak kemalangan pada 21 Jun itu. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved