Lelaki berpisau tepi katil

on 26 Julai 2013

Kuala Terengganu: “Sebaik terjaga daripada tidur, saya terkejut apabila mendapati seorang lelaki di tepi katil sambil memegang sebilah pisau,” kata Roshidawati Roslan, 27, yang trauma akibat dirompak seorang lelaki bertopeng di rumahnya di Jalan Kenanga, Batu Buruk, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa kerugian hampir RM1,000 apabila dua telefon bimbit jenama Nokia dan Samsung yang baru dibeli beberapa hari lalu dilarikan perompak terbabit dipercayai memecah masuk ke rumahnya melalui pintu belakang.

Roshidawati berkata, ketika kejadian, dia hanya berseorangan di rumah, manakala ibunya, Zabidah Ibrahim, 50, yang bekerja sebagai tukang masak berada di tempat kerja di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, di sini.
“Pada mulanya, saya menyangka bermimpi dan hanya menyedari lelaki itu benar-benar wujud apabila dia mengacukan pisau menyebabkan saya terkejut lalu menjerit sekuat hati menyebabkan lelaki itu lari.

“Beberapa ahli keluarga yang tinggal di rumah sebelah mendengar jeritan itu menyangka saya mengigau, tetapi mereka segera datang kerana hairan saya menangis,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Roshidawati berkata, walaupun kejadian itu hanya berlaku beberapa minit, dia masih trauma dan terbayang-bayang perompak itu mengacukan pisau.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.
sumber ; mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved