Lap kaki dengan Quran

on 19 Julai 2013

Muscat: Seorang wanita Eropah ditahan di Sohar semalam kerana menghina kitab suci al-Quran.
Sumber Polis Oman berkata, tertuduh mengoyakkan kitab suci itu. ‘Dia kemudian menggosok kakinya dengan lembaran al-Quran yang dikoyaknya itu,” kata sumber berkenaan, Perbuatan biadap wanita yang namanya tidak disiarkan itu disaksikan oleh seorang penduduk berhampiran Masjid Al Hamadah di Sohar, kira-kira 231 kilometer ke utara Muscat.

“Penduduk itu memaklumkan kepada polis sebelum kami menghantar anggota ke tempat kejadian dan menahan tertuduh,” kata jurucakap polis Oman.
Wanita itu ditahan untuk disoal siasat. Ini adalah kali pertama seorang warga asing bertindak kurang ajar seperti itu dan lebih buruk lagi, dia melakukannya ketika Ramadan.

Polis tidak mendedahkan identiti mahupun kerakyatan wanita berkenaan. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

lapak ilmuku berkata...

Good info kawan, Thanks


Jumaat, Julai 19, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved