Kera ‘koyak’ muka bayi

on 10 Julai 2013

Kuala Terengganu: “Remuk hati melihat kepala dan muka anak berlumuran darah sebaik tiba di Hospital Kemaman,” kata Salina Mamat, 32, ibu kepada Mohd Afkar Dayyan Mohd Faizal, 10 bulan, yang menerima lebih 30 jahitan selepas pipi dan kepalanya terkoyak digigit kera jantan di Kampung Meraga Beris, Kijal, Khamis lalu.
Salina yang ditemui menemani anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam, berkata, kejadian berlaku jam 2 petang ketika anak bongsu daripada dua beradik itu tidur di dalam buaian di rumah jirannya sebelum dihampiri kera yang masuk menerusi pintu depan.

“Ketika itu saya berada di tempat kerja di Sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara, Kijal dan meninggalkan anak dengan jiran seperti biasa.
“Menurut jiran, kera itu masuk tanpa disedarinya sebelum menyerang anak yang tidur di dalam buaian di ruang tamu.

“Kera itu menggigit muka dan kepala anak saya menyebabkan dia menangis kesakitan, malah dipercayai cuba melarikan Mohd Afkar apabila mengeluarkannya dari buaian.

“Tangisan Mohd Afkar membuatkan jiran yang bermain dengan anak sulung saya Mohd Arman Darwisy, 7, menyedari apa yang berlaku.
“Tindakannya menyergah kera itu berhasil dan ia segera melepaskan Mohd Afkar lalu melarikan diri,” katanya yang bekerja sebagai kerani.

Menurutnya, sebaik dihubungi jirannya, dia segera ke Hospital Kemaman di mana Mohd Afkar dirawat dan terkejut melihat kecederaan serius dialami anaknya itu sehingga terpaksa dirujuk untuk rawatan doktor pakar di HSNZ.
Menurutnya, doktor memberikan lebih 30 jahitan di kepala dan muka anaknya selain mencuci luka setiap hari bagi mengelak jangkitan kuman.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa tempatan memantau dan menangkap kumpulan kera yang berada berhampiran kawasan penduduk di kampungnya. bagi mengelak kejadian berulang.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved