‘Kenapa kau Ashraf...’

on 18 Julai 2013

Kuala Lumpur: “Kalau mahkamah membenarkan permohonannya (berpoligami), kami akan akur, tapi belum pun mahkamah buat keputusan, dia sudah pergi bernikah di Thailand.
“Kami rasa ditipu, kami tak faham kenapa dia buat macam itu,” kata Lokman Abdul Hamid, 52, yang kecewa dengan tindakan menantunya, pelakon yang juga pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim.
Lokman yang juga pengasas Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah berkata demikian ditemui ketika menemani anaknya, Noor Dayana, 26, di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam untuk mendengar permohonan kebenaran berpoligami yang difailkan Ashraf, April lalu. 

Namun Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, mengejutkan semua pihak apabila memberitahu dia sudah bernikah dengan seorang bekas kru produksi sebuah stesen televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku. Dia (Ashraf) tarik balik permohonan poligami sebab dia sudah bernikah di Thailand. Bila kami tanya kenapa nikah di sana, dia tidak beri alasan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved