Kecil-kecil dah gelumang dadah

on 24 Julai 2013

Kuala Lumpur: Seramai 442 remaja berusia 19 tahun dan ke bawah kini ibarat menunggu ajal selepas terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah dan kes mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.
Jumlah remaja terbabit adalah berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam tempoh tiga tahun setengah, bermula dari 2010 hingga Jun tahun ini.
Lebih mengejutkan, Pengarah JSJN Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, keseluruhan remaja berusia 19 tahun ke bawah termasuk kanak-kanak berusia seawal 12 tahun yang ditahan kerana terbabit dalam pelbagai kes dadah untuk tempoh yang sama kini mencecah 26,793 orang.

Menurutnya, semua remaja terbabit disiasat mengikut pelbagai seksyen di bawah ADB 1952 serta dua lagi akta iaitu Akta Penagih Dadah (APD) 1952 dan Akta Racun 1952.
Foto

“Jumlah kanak-kanak berusia 12 tahun hingga remaja berusia 19 tahun yang terbabit dalam gejala penagihan serta pengedaran dadah amat membimbangkan kerana jumlah untuk tempoh lebih tiga tahun lalu tidak menunjukkan banyak perbezaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved