Kafe tema Nazi akan dibuka semula

on 24 Julai 2013

Bandung: Sebuah restoran kontroversi yang bertemakan Nazi akan dibuka semula, tetapi dengan tema Perang Dunia Kedua yang lebih luas, tanpa lambang swastika tetapi akan mengekalkan imej Adolf Hitler.
The SoldatenKaffee atau Kafe Tentera yang dihiasi dengan imej kenangan yang ada kaitan dengan Nazi, ditutup secara sukarela Jumaat lalu selepas pemiliknya, Henry Mulyana diancam bunuh kerana dituduh mencetuskan kebencingan kaum.

Kafe itu yang sudah beroperasi di Bandung sejak 2011, mencetuskan kemarahan, baik dari luar mahupun di Indonesia selepas ia didedahkan dalam media berbahasa Inggeris.
Henry sudah berbincang dengan pegawai pelancongan Bandung yang berkata, pemilik restoran berusia 35 tahun itu tidak melakukan sebarang kesalahan, kata peguamnya, Rohman Hidayat.

Menurutnya, Henry bercadang memindahkan kafenya ke tempat lain di Bandung dengan tema Perang Dunia Kedua yang lebih luas. “Kafe baru itu tidak hanya digantung dengan gambar Hitler. Gambar Winston Churchill juga akan digantung, begitu juga dengan pahlawan Indonesia. Gambar tentera Jepun juga akan dipasang, bukan hanya tentera Jerman. Yang pasti, tidak ada swastika,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak menyebut bila akan membuka semula kafe itu. Kafe itu yang mengambil nama sempena kedai minum popular di Jerman dan Paris ketika Perang Dunia Kedua, beroperasi sejak dua tahun lalu, tidak banyak mendapat tentangan.
Tetapi, sebaik ia disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe dan media antarabangsa, kewujudan kafe itu dikecam pelbagai pihak, di dalam dan juga luar negara. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved