Isteri songsang suami bakar diri

on 23 Julai 2013

Ampang: Kecewa apabila isteri yang dikahwini 18 tahun menjalinkan hubungan cinta sejenis, seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya sebelum membakar diri di rumah mereka di Pandan Height, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lim Vit, 58, melecur hampir 100 peratus pada badan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang.
Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum itu adiknya bertengkar dengan isterinya berusia 45 tahun apabila mendapat tahu wanita itu berlaku curang menjalinkan hubungan sejenis dengan majikan berusia 40-an di tempat kerjanya.

Menurutnya, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki berusia lapan hingga 18 tahun.
Foto
KESAN terbakar di pintu rumah mangsa.

“Hanya dua bulan adik saya (mangsa) mendapat tahu isterinya yang bekerja di sebuah hotel menjalinkan hubungan sejenis dengan majikannya sejak itu sering bertengkar.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved