Ghairah bertukar panik

on 19 Julai 2013

Petaling Jaya: Ghairah pengunjung di sebuah kelab malam di kawasan Dataran Mentari di sini, menyaksikan tarian penari seksi sambil dibelai pelayan pelanggan (GRO) bertukar panik apabila premis itu diserbu polis kelmarin.
Dalam serbuan jam 10 malam itu yang dijalankan sepasukan dua pegawai dan lapan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, seramai 21 wanita asing berusia 20-an hingga 30-an yang bekerja sebagai GRO di kelab malam berkenaan ditahan.

Ketua Operasi, Inspektor Kwek Kian Yap berkata, ketika premis itu diserbu, pengunjung kelab berkenaan yang dianggarkan 30 orang sedang asyik berhibur termasuk meminum minuman keras sambil menyaksikan tarian penari tempatan yang berpakaian seksi.
“Semua wanita warga asing yang ditahan itu termasuk 11 warga Thailand, empat warga Taiwan dan dua warga Filipina manakala empat pondan warga Filipina turut ditahan mengikut Seksyen 55 (b) dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas pelancong.

“Soal siasat awal mendapati GRO berkenaan akan mendapat tips berdasarkan sebanyak mana minuman keras dibeli pelanggannya. Selain itu, kita tidak menolak kemungkinan ada GRO yang ditempah pelanggan untuk melakukan ‘kerja tambahan’ di luar kelab malam itu.

“Penari tempatan dan pengunjung kelab pula hanya diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan. Siasatan juga mendapati lesen premis berkenaan sudah tamat tempoh,” katanya selepas serbuan itu berakhir.
Beliau berkata, pemilik premis juga akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Elemen Hiburan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved