Disisih seumur hidup

on 07 Julai 2013

Cacat tetapi masih tabah.
Inilah semangat yang ada pada penghuni sebuah pusat kusta di China yang dipinggirkan oleh masyarakat kerana ramai yang percaya bahawa mereka telah ditulah.

Di Luduo, satu daripada hampir 200 pusat kusta di wilayah Yunnan, hampir 80 peratus penghidap dikuarantin apabila ia mula dibuka.
Bagaimana, ramai yang sudah meninggal dunia di kem berkenaan tanpa dapat melihat anggota keluarga masing-masing sejak mula dihantar ke situ, walaupun setelah pulih.

Ia berlaku kerana stigma yang dikaitkan dengan penyakit itu.

Kini, hanya tujuh yang tinggal.
Lima daripada mereka dihantar ke Luduo selepas menghidap kusta ketika dewasa sementara dua lagi dilahirkan di situ setelah ibu masing-masing dikuarantin ketika hamil.

Penyakit kusta atau juga dikenali dalam bahasa Cina sebagai Hansen, berpunca daripada bakteria Mycobacterium leprae yang merosakkan kulit dan membran mukus dan saraf.
Mitos biasa ialah anggota badan boleh tercabut. Penyakit itu sebenarnya boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas atau mereka terdedah kepada jangkitan penyakit lain.

Pusat kusta merebak pada Zaman Pertengahan, khususnya di Eropah dan India kerana ramai yang bimbang wabak yang membawa kecacatan itu begitu mudah merebak.

Selama berabad-abad kebanyakan masyarakat dunia melihatnya sebagai tulahan atau hukuman daripada Tuhan dan menyerahkan kepada paderi atau orang kuat agama untuk mengubatnya.

Tidak hairanlah jika melihat sebahagian besar pusat rawatan dulu yang sering dikendalikan oleh kuil ditempatkan di kawasan pedalaman, sejauh mungkin daripada penduduk lain.

Masyarakat begitu bimbang hingga ramai yang sebenarnya tidak menghidap kusta, hanya penyakit kulit biasa, turut di hantar ke sana.

Bagaimanapun, kajian pada abad ke 20 mendedahkan bahawa ia sukar dijangkiti dan 95 peratus penduduk dunia kebal daripada penyakit berkenaan.

Ini menyebabkan sebahagian pakar perubatan menggelarnya ‘penyakit paling sukar berjangkit.’ Doktor masih tidak pasti bagaimana kusta merebak walaupun ia dipercayai menerusi bawaan udara akibat batuk dan bersin. Wabak itu mula boleh dirawat pada 1941 dan penghidapnya kini mudah mendapat diubati dengan pelbagai tingkat rawatan yang mengambil masa selama enam hingga 12 bulan.

Apabila dirawat awal, penyakit itu tidak akan mencacatkan, malah tidak akan meninggalkan kesan langsung.

Kesannya, banyak pusat kusta ditutup kerana dilihat tidak lagi diperlukan.

Namun, salah faham mengenai kusta masih wujud. Keaiban yang tanggung penghidap serta kesan psikologi yang mereka alami adalah lebih teruk berbanding dengan gejala fizikal penyakit itu sendiri.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved