Dihempap tiang gol

on 14 Julai 2013

Klang: Kegembiraan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani bertukar tragedi apabila dia maut dihempap tiang gol besi sekolahnya, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Nguyen Chee Ming, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, di sini, disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan mendapatkan rawatan kecemasan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dikatakan bergayut pada tiang gol berkenaan.
Menurutnya, selepas beberapa ketika bergayut bersama rakannya, tiang gol besi itu tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa yang tersepit di bawahnya.

"Kejadian itu menyebabkan rakannya segera memaklumkan kepada guru bertugas sebelum mangsa dikejarkan ke HTAR untuk menerima rawatan kecemasan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan di bahagian kanan kepala dan kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya, semalam.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved