Cikgu ditembak tengah jalan

on 19 Julai 2013

Kulim: “Saya terkejut dengar bunyi letupan macam mercun,” kata Muhamad Sufian Hassan, 21, saksi kejadian seorang guru sebuah sekolah menengah maut akibat terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti berdekatan lampu isyarat di simpang empat Jalan Keladi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.25 tengah hari, mangsa K Shanmugam, 45, guru sekolah menengah di Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish secara sendirian dalam perjalanan ke sekolahnya sebelum berhenti berdekatan lampu isyarat di jalan berkenaan. 
Difahamkan, dua lelaki bermotosikal lengkap memakai topi keledar berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mangsa menembusi cermin kereta hingga terkena beberapa bahagian badan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mangsa yang baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara, berhenti di simpang empat Jalan Keladi sebelum ditembak dua lelaki.
Foto
MANGSA tersembam di tempat duduk penumpang hadapan.

Katanya, polis percaya kejadian itu membabitkan dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC hitam yang melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved