Budak didera ibu saudara, ayah tiri

on 04 Julai 2013

Sungai Buloh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menanggung derita 10 hari selepas didera ibu saudara dan ayah tirinya dalam kejadian di Paya Jaras, di sini.
Penderitaan mangsa berakhir selepas diselamatkan jiran yang membawanya ke Hospital Sungai Buloh pada jam 10 pagi, kelmarin.

Mangsa dikatakan menangis setiap hari akibat dipukul ibu saudaranya yang bekerja sebagai jururawat.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, kanak-kanak itu mengalami lebam di seluruh badan, kesan melecur di kedua-dua paha dan luka di kepala.

Menurutnya, mangsa tinggal bersama ibu dan ayah tirinya, namun diserahkan kepada ibu saudaranya untuk penjagaan sejak beberapa bulan lalu.

“Mangsa ditinggalkan ibu dan ayah tirinya kepada ibu saudara, namun wanita itu mengambil kesempatan mendera mangsa,” katanya.
Junaidi berkata, selepas 10 hari didera wanita itu mangsa diselamatkan jirannya dan dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa didera kerana kecederaan teruk di beberapa bahagian iaitu kepala, paha dan seluruh badan.
“Pemeriksaan juga mendapati terdapat parut melecur di kedua-dua paha, kesan dera lama yang dipercayai dilakukan ayah tiri mangsa,” katanya. Junaidi berkata, berikutan itu polis menahan ibu saudara mangsa yang berusia 28 tahun di Paya Jaras, semalam dan turut memanggil ayah tiri mangsa untuk disoal siasat.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved