Besi pacak leher rakan

on 03 Julai 2013

Teluk Intan: “Saya tak tahu dari mana kepingan spring besi itu muncul. Yang saya tahu, sebaik saja kereta kami berhenti selepas terbabas, rakan saya tak sedarkan diri dan berlumuran darah dengan besi spring itu terpacak menembusi lehernya.”
Demikian kata Lim Kim Hooi, 40-an ketika menceritakan kematian rakannya, Ooi Yean Teong, 44, dalam kejadian di Kilometer 42, Jalan Sitiawan ke Teluk Intan, di sini, jam 2.20 pagi semalam.
Mangsa yang memandu kereta Proton Wira mati di tempat kejadian akibat parah selepas sekeping spring besi yang biasanya dipasang pada bahagian penyerap hentakan lori tertusuk di lehernya. 

Lim berkata, sebelum kejadian dia dan Ooi dalam perjalanan pulang ke rumah dengan rakannya itu memandu kereta manakala dia duduk di tempat duduk penumpang hadapan.
Foto
Besi spring lori yang menghentam mangsa hingga mati.

“Kami dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Teluk Intan selepas keluar makan di Sitiawan,” katanya ketika ditemui, semalam.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved