Besan bergaduh, 5 maut

on 01 Julai 2013

Beijing: Seorang lelaki semalam membunuh empat anggota sekeluarga, termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun sebelum dia membunuh diri dalam pergaduhan antara dua bekas besan.
Agensi berita Xinhua melaporkan, lelaki berusia 60 tahun itu yang dikenali sebagai Zhao, pergi ke rumah lelaki bernama Zan yang anak perempuannya pernah berkahwin dengan anak lelaki Zhao.

Menurut laporan itu, Zhao kemudian membunuh Zan, isteri Zan, bekas menantu dan cucunya dengan tukul dan pisau yang dibawanya bersama.
Zhao kemudian kembali ke rumahnya dan memberitahu keluarganya bahawa dia sudah membalas dendam, sebelum bertindak membunuh diri.



Agensi berita itu melaporkan, keluarga berkenaan yang menetap di Botou, wilayah Hebei, bersengketa selepas anak mereka bercerai. - AP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved