Bayi disahkan mati ‘hidup kembali’

on 12 Julai 2013

Rio de Jeneiro: Seorang bayi yang disahkan mati tiba-tiba “kembali hidup” tiga jam selepas diletakkan di atas altar gereja hospital, lapor media semalam.
Sebelum itu, seorang jururawat meletakkan mayat Yasmin Gomes di dalam kotak dan ditinggalkan di atas altar sebuah hospital di Londrina di selatan Brazil.

Menurut media, jururawat tidak tergamak menghantar Yasmin ke rumah mayat. Bagaimanapun, ketika nenek Yasmin, Elza Silva, dan seorang petugas rumah mayat tiba untuk menuntut jenazah itu, mereka terkejut apabila kaki bayi terbabit bergerak dan sejurus kemudian, membuka matanya. Kata Elza, pada mulanya dia tidak mempercayai apa yang dilihat itu. “Kemudian kami melihat Yasmin bernafas.
“Kami berpelukan dan menjerit-jerit. Ia satu keajaiban,” katanya. Rekod hospital menunjukkan Yasmin dilahirkan seperti bayi normal pada pagi Selasa di Hospital Lincoln Graca.

Bagaimanapun, dia berhenti bernafas beberapa saat kemudian. Cubaan doktor mengembalikan pernafasan Yasmin gagal dan disahkan mati pada jam 11 pagi.

Sijil kematian juga dikeluarkan pihak hospital. Ibu Yasmin, Jenifer da Silva Gomes, 22, berkata dia dimaklumkan mengenai ‘kematian’ Yasmin dan seorang jururawat yang memandikan bayi itu turut mengesahkannya. Doktor yang merawat dan menandatangani sijil mati Yasmin berkata, sesiapa saja boleh membuat spekulasi tetapi mereka yang ada di dalam bilik itu tahu apa yang berlaku. - AP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved