Artis comel dah mula lupa diri

on 07 Julai 2013

Kebelakangan ini susah benar artis berwajah comel ini dihubungi. Walaupun meninggalkan pesanan SMS minta hubungi semula, sampai ke sudah diam membisu.
Tak tahulah kalau dia sibuk dengan penggambaran sampai tak ada masa langsung untuk membalas panggilan wartawan atau paling tidak pun kirimkan SMS. 
Itulah antara rungutan yang Sha dengar daripada beberapa teman media yang terkilan dengan sikap artis itu yang dikatakan mula berubah. Bak kata seorang rakan, barangkali ‘job’ sudah banyak, jadi dia tak kuasa layan media. 

Dalam pada itu, Sha dengar artis ini tergamak melupakan jasa mereka yang pernah menaja pakaiannya. Dia ibarat kacang lupakan kulit apabila langsung tidak menghubungi pereka fesyen yang dipertanggungjawabkan mereka pakaian untuk satu majlis berskala besar.

Khabarnya, sebelum itu baju digayakannya ditaja pereka fesyen itu, malah ramai memuji penampilannya semakin bijak berfesyen. Semuanya kerana jasa pereka fesyen itu yang tidak pernah berkira dalam mereka gaya terkini untuknya.
Sebelum majlis berlangsung, dia minta pereka fesyen itu menyiapkan dua persalinan untuknya. Seperti biasa, pereka fesyen itu bertungkus lumus menghasilkan ‘karya’ terbaik. 

Bagaimanapun, pada hari dia berjanji mahu ambil dua baju itu, batang hidung pun tak nampak. Tup-tup pada hari majlis berlangsung, artis itu bergaya sakan dengan baju yang direka pereka fesyen lain.

Terasa hatilah pereka fesyen itu. Kalau dari awal beritahu mahu pakai baju orang lain, mereka tak kisah. Lebih kecewa apabila artis yang dianggap seperti kawan itu langsung tidak menghubungi atau minta maaf. 

Sha tak pasti kenapa artis ini bersikap sedemikian. Apapun sebabnya, tindakan itu tidak patut. Sha harap mereka dapat selesaikan perkara ini secara baik. Jangan dibiarkan berpanjangan kerana industri kita bukan besar mana pun. Pusing-pusing, jumpa orang sama.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved