Angkara lori wanita nyaris diparan

on 22 Julai 2013

Kuala Lumpur: Seorang peniaga wanita terselamat daripada ditetak dengan parang apabila terjatuh dalam longkang sebelum diselamatkan suaminya selepas bertengkar dengan seorang pemilik bengkel di Jalan Kampung Pasir di sini.
Dalam kejadian jam 5.30 petang Rabu lalu itu, mangsa berusia 40 tahun dikatakan menegur lelaki pemilik bengkel kereta supaya mengalihkan lori yang menghalang tapak niaga mangsa di Bazar Ramadan Jalan Kampung Pasir.

Mangsa terselamat apabila suaminya dapat menenangkan lelaki terbabit dan merampas parang itu sebelum menyerahkan suspek kepada polis yang tiba tidak lama kemudian. Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved