Aksi si gergasi dan si kerdil

on 09 Julai 2013

London: Lelaki mempunyai kaki terbesar ini menenggelamkan bayangan rakannya - wanita terkecil di dunia.
Kaki Brahim Takioullah yang berukuran 38 sentimeter (15 inci) dan memakai saiz 23 adalah empat kali lebih besar berbanding kaki Jyoti Amge yang memakai saiz 1 kasut kanak-kanak Jyoti, 19, dari Nagpur, India berketinggian 0.60 meter (2 kaki), manakala Brahim dari Maghribi yang berketinggian 2.46 meter (8 kaki 1 inci) adalah lelaki kedua tertinggi di dunia.

Kasut ‘gergasi’ berusia 31 tahun itu ditempah khas kerana ia tiada dalam carta saiz kasut.
Kedua-duanya muncul bergandingan bagi mempromosi cabaran “Amazing Feet”, usaha untuk membuat album gambar kaki dalam talian yang terbesar di dunia. Sekurang-kurangnya 50,000 pasang kasut diperlukan dan sesiapa yang ingin menyertai buku rekod berkenaan boleh mengunjungi laman web rasmi di officiallyamazing.tv/feet. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved