Ajal dalam tidur

on 25 Julai 2013

Kuala Lumpur: “Dua hari lalu saya berjumpa arwah ketika menghantar sambal ikan bilis kerana dia memang sukakannya. Kami juga berbual seperti biasa sambil bergelak ketawa. Tiada langsung tanda-tanda arwah akan pergi selama-lamanya, lebih-lebih lagi dia tidak menghidap apa-apa penyakit kronik.”
Demikian kata Noorkumalasari Mohamed Taib (Noor), 57, anak kepada seniwati veteran, Datin Umi Kalthum, 81, yang meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini, jam 4 pagi semalam.

Noor berkata, dia dikejutkan suaminya, Wan Mohamad Yusof memaklumkan Umi sudah meninggal dunia selepas menerima panggilan telefon daripada Noraini kira-kira jam 4.30 pagi. Kejadian itu disedari anak Noraini yang mendapati arwah tidak bergerak ketika mengejutkannya untuk bersahur.


Noor yang menerima berita sedih itu dengan tenang berkata, arwah ibunya adalah seorang yang cergas sepanjang hayatnya dan hanya menghidap sakit-sakit biasa seperti sakit lutut.
Foto
NOORKUMALASARI (kanan) sebak menatap jenazah ibunya.

“April lalu saya bawa ibu mengerjakan umrah dan seperti biasa saya akan tolak kerusi rodanya. Ketika itu ibu kata dia menyusahkan saya, tapi saya jawab tak mengapa kerana Allah SWT nak beri saya pahala.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved