A Aida nafi caj RM250

on 03 Julai 2013

Kuala Lumpur: Produser drama, A Aida tampil membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dikatakan mengenakan bayaran RM250 untuk mana-mana pelakon membintangi drama terbitan produksinya, A Aida Production.
A Aida atau nama sebenar, Zaidah Awang, 43, berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas mendapat panggilan daripada seorang individu yang berhasrat berlakon di bawah produksinya, tetapi mahu mengesahkan sama ada perlu membayar RM250 sebagai yuran.

“Saya sendiri terkejut dengan perkara ini dan terfikir ia mungkin dilakukan agensi. Saya tidak mahu orang lain terpedaya untuk berlakon perlu membayar jumlah tertentu,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis Brickfields di sini, semalam.
Menurutnya, dia tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk yuran pada pelakon sebelum ini. Malah, dia tidak menolak kemungkinan wujud orang tengah mengambil kesempatan mengaut untung.

“Mungkin orang tengah ini bertindak sedemikian selepas mengetahui saya banyak penggambaran drama baru. Setahu saya, agensi pelakon mengambil 20 peratus daripada bayaran diterima pelakon, tetapi itu adalah prinsip mereka,” katanya.

Katanya, dia tidak mahu pelakon baru terpedaya dengan taktik agensi yang meminta bayaran yuran dan percaya perkara ini sudah berlaku sebelum ini.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved