900kg ganja dalam sardin beku

on 04 Julai 2013

Madrid: Apabila polis Sepanyol merampas kontena berisi ikan sardin beku di Marbella kelmarin, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku.
Perasaan syak mereka terbukti betul apabila mereka membuka kontena dan menemui 900 kilo ganja yang dianggar bernilai RM18 juta tersembunyi di bawah ikan beku itu. Operasi itu yang dinamakan Maria membawa kepada penangkapan 14 suspek penyeludup dan rampasan dadah itu.

Pegawai kastam menjejaki kargo itu dari Maghribi ke sebuah gudang di pelabuhan di Cadiz, Sepanyol.
Dari situ, ia dihantar ke sebuah vila mewah di Marbella, selatan Sepanyol, tempat polis melancarkan serbuan dan merampas sardin berkenaan.

“Kami menemui 325 kilogram ganja tersembunyi di sebalik ikan di dalam trak sejuk beku. “Manakala, 570 kilogram dadah itu ditemui dalam gudang di pelabuhan di Cadiz,” kata jurucakap polis. Menurutnya, polis mengawasi kumpulan itu sejak lebih sebulan lalu selepas pemimpin sindiket itu tiba di Sepanyol dari Maghribi untuk merancang penyeludupan dadah itu.

Kejayaan itu menyusuli rampasan kokain bernilai RM100,000 juta dari sebuah kapal layar bulan lalu. Dalam kejadian berkenaan, seorang penyeludup mati selepas terjun ke laut kerana mahu mengelak daripada ditangkap. - Agensi
Foto
DADAH yang disorok dalam ikan sardin.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved