2 sibuk belai lelaki malam Ramadan

on 11 Julai 2013

Sungai Petani: Dua gadis beragama Islam langsung tidak menghormati malam pertama Ramadan, malah mereka ‘lebih sibuk’ menyambut serta melayani tetamu di pusat hiburan berhampiran Taman Tuanku Hamimah, di sini, sebelum dikejutkan dengan kehadiran pihak berkuasa, awal pagi semalam.
Dalam operasi bersepadu kira-kira jam 1 pagi, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan 15 wanita warga asing termasuk dua gadis tempatan yang asyik menari sambil memberi layanan kepada pelanggan pusat hiburan terbabit.

Difahamkan, dalam operasi bersepadu yang membabitkan JSJ Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Bahagian Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) IPK Kedah menyerbu beberapa premis pusat hiburan di sekitar daerah ini bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan jenayah lain.
Wartawan Harian Metro berkesempatan menemubual dua gadis tempatan yang sudah beberapa bulan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan demi mencari pendapatan sampingan biarpun menyedari perbuatan itu mengaibkan.

Tambah memalukan, dua gadis itu turut mengenakan pakaian mengghairahkan pelanggan dan difahamkan, mereka akan diberi ‘ganjaran’ khas atau tips oleh penjaga premis hiburan terbabit jika berjaya menarik pelanggan berbelanja lebih untuk menikmati minuman keras di premis berkenaan.

Pegawai Turus D7 IPK Kedah Asisten Superintendan Shaari Yaakob berkata, pemerhatian mendapati, satu daripada pusat hiburan itu cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan papan tanda sebagai ‘kafe dan restoran’, namun mempunyai disko yang terletak di tingkat atas.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved