2 jam terperangkap dalam tong derma

on 03 Julai 2013

Oklahoma City: Gara-gara mahu mencari gelang tangan yang dipercayai dibuang bersama pakaian lama, seorang wanita terperangkap selama dua jam dalam bekas mengumpul pakaian terpakai untuk tujuan amal, semalam.
Terdahulu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan memanjat tong berkenaan untuk mencari beg berisi pakaian lama yang dibuangnya. Bagaimanapun, tiba-tiba dia terjatuh dan gagal keluar dari situ.

Selepas menyedari dia terperangkap, wanita terbabit menunggu sehingga dua jam dalam kepanasan sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Ketika menghubungi talian 911, wanita terbabit yang menghidap sklerosis menceritakan bagaimana dia kembali ke tong berkenaan selepas menyedari gelang tangan milik ibunya hilang.
“Saya datang ke sini dan menyelongkar bungkusan yang ada dan tiba-tiba terjatuh.

“Disebabkan saya menghidap sklerosis berbilang, tidak lama kemudian saya mula kejang otot dan tidak mampu keluar sendiri,” katanya. Sementara menunggu bantuan tiba, beberapa penderma lain tidak menyedari wanita terbabit terperangkap di dalam tong itu lari apabila terdengar jeritan meminta tolong. Wanita itu kemudian diselamatkan sepasukan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian. Pegawai bomba bertugas, Brian Stanalan berkata, wanita terbabit keletihan dan kehilangan banyak air dalam badan. “Dia terperangkap dua jam di bawah sinar matahari dan bekas ini diperbuat daripada besi,” katanya. Tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu menemui semula barang kemas yang dicarinya. - Agensi
Foto
TONG mengumpul barangan terpakai yang ‘memerangkap’ seorang wanita penghidap sklerosis.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Kisah Si Dairy berkata...

kesiannya...klu xdpt jumpa jugak tak taulah


Rabu, Julai 03, 2013

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved