2 beradik dibunuh kerana menari

on 02 Julai 2013

Islamabad: Dua adik beradik perempuan dibunuh selepas dituduh mencemarkan nama keluarga dengan merakam video menari dalam hujan.
Gadis itu yang berusia 15 dan 16 tahun dilihat berlari dengan berpakaian tradisional di luar kediaman mereka di Chilas, di wilayah Gilgit, utara Pakistan. 
Noor Basra dan Noor Sheza kelihatan seperti menari dan seorang daripada mereka melemparkan senyuman pada kamera. 

Bagaimanapun, apabila rakaman itu tersebar menerusi telefon bimbit, ia mencetuskan kemarahan penduduk bandar konservatif itu.

Ahad lalu, kedua-dua beradik itu ditembak mati bersama-sama ibu mereka oleh lima lelaki bersenjata. Polis mengesyaki abang tiri gadis berkenaan, Khutore mengatur pembunuhan itu kerana mahu ‘mengembalikan maruah keluarga.’

Tahun lalu, empat wanita dibunuh penduduk kampung kerana menari dan menyanyi bersama-sama beberapa lelaki di satu majlis perkahwinan di Kohistan. 

Jawatankuasa kampung yang dikenali sebagai Jirga menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka. - AP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved