Warga emas bunuh empat rakan sekerja

on 24 Jun 2013

Beijing: Seorang lelaki China ditahan kerana membunuh enam orang, termasuk empat daripada mereka rakan sekerjanya dalam kejadian berpunca daripada salah faham di sebuah kilang kimia di Shanghai.
Media, semalam melaporkan, suspek berkenaan berusia 62 tahun dan dikenali sebagai Fan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Fan didakwa memukul seorang rakan sekerjanya di kilang berkenaan sehingga mati kelmarin sebelum melarikan diri bersama selaras senapang memburu.
Dia kemudian membunuh seorang pemandu dan seorang pengawal berek tentera sebelum kembali ke kilang berkenaan dan menembak mati tiga lagi pekerja di situ. Sumber berkata, Fan ditangkap polis lewat petang kelmarin.

Katanya, suspek mengamuk kerana terbabit dalam “pertikaian ekonomi” dengan rakan sekerjanya. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved