Wanita hilang ditemui maut dalam perigi

on 30 Jun 2013

Jitra: Misteri kehilangan seorang wanita berusia 50 tahun terjawab apabila penduduk kampung menemui mayatnya di dalam sebuah perigi, pagi semalam.
Latifah An, 50, ditemui penduduk Kampung Cherok Mokkan, Hosba, dekat sini, di dalam perigi di kampung itu, jam 8 pagi. 
Difahamkan, mangsa yang mengalami masalah mental menghilangkan diri pada 25 Jun lalu dan usaha abang iparnya, Nik Mohd Kamil Nik Musa, 54, mencari mangsa turut gagal biarpun berbuat demikian di sekitar kampung itu. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Ibrahim Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk memaklumkan kejadian itu sebelum mengarahkan anggotanya ke tempat kejadian.
SUMBER : MYMETRO
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved