Wanita dakwa kena pukau

on 19 Jun 2013

Petaling Jaya: Seorang wanita warga emas mendakwa dirinya menjadi mangsa pukau apabila beg tangan mengandungi barang kemas dan wang RM4,000 dibawanya ketika berkunjung ke pasar tani di Seksyen 17, di sini, bertukar menjadi sebotol air mineral dan dua air kotak selepas ditegur seorang lelaki tidak dikenali.
Mangsa yang berusia 70 tahun mendakwa bertemu lelaki terbabit di pasar berkenaan selepas lelaki itu menegurnya dan bertanya di mana kedai menjual sireh sebelum mereka leka bersembang dalam kejadian sebulan lalu.

Menurut sumber, mangsa juga mendakwa hairan bagaimana dia langsung tidak menyedari beg tangannya bertukar dengan lelaki terbabit sebelum lelaki itu menyerahkan satu bungkusan plastik dan meminta membukanya selepas genap sebulan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved