Ugut, bakar kereta mangsa

on 18 Jun 2013

Kuala Lumpur: Seorang kontraktor binaan kini hidup dalam ketakutan apabila diugut sekumpulan lelaki yang turut bertindak membakar kereta miliknya di hadapan rumahnya di Taman Setapak Permai, Wangsa Maju, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, sekumpulan empat lelaki bertindak mencurah petrol ke atas kereta Toyota Altis milik mangsa sebelum membakarnya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, berikutan kejadian itu, kereta mangsa terbakar dari atas bumbung ke bonet depan.
“Mangsa yang berusia 34 tahun didatangi empat lelaki yang bertindak mencurah petrol dan membakar kereta mangsa,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved