‘Tukang masak’ air khayal ditahan polis

on 22 Jun 2013

Kuala Kangsar: Dua lelaki yang juga ‘tukang masak’ air rebusan ketum yang ditahan di Taman Sri Permai dan Kampung Padang Assam, Padang Rengas, di sini, pertengahan bulan ini adalah tangkapan terbaru yang dilakukan polis dalam usaha membanteras penjualan minuman terlarang itu.
Kedua-dua suspek berusia 49 dan 64 diberkas polis di Taman Sri Permai dan Kampung Padang Assam, Padang Rengas, di sini, selepas pihak polis melakukan intipan serta risikan di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata operasi pertama dilakukan oleh anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah rumah di Taman Sri Permai, di sini.
Menurutnya, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas 15 botol air mineral berisi cecair disyaki air rebusan ketum dan satu tong berisi cecair disyaki air ketum di bahagian pintu belakang rumah suspek yang berusia 64 tahun.

“Berat kasar keseluruhan air rebusan ketum itu adalah sebanyak 39 liter,” katanya.

Susulan serbuan pertama itu, pihaknya turut menyerbu sebuah lagi rumah di Kampung Padang Assam dan menahan seorang lelaki berusia 49 tahun.
“Polis kemudian merampas satu tong mengandungi 14 bungkusan plastik berisi cecair disyaki air rebusan daun ketum. Semua cecair itu dianggarkan seberat 21 liter.

“Lelaki yang diberkas itu pernah ditahan atas kesalahan menjual air ketum pada Januari lalu dan didakwa di bawah Akta Racun 1952. Dia didenda sebanyak RM 1,600,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved