Tembak paha penagih amuk

on 18 Jun 2013

Kuala Terengganu: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan yang terkena paha seorang penagih bersenjatakan kapak bagi mempertahankan diri daripada diserang lelaki itu petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam di Kampung La, Hulu Besut, anggota polis berpangkat lans koperal itu terpaksa melepaskan tembakan terhadap suspek berusia 29 tahun apabila lelaki itu cuba menyerangnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, bapa saudara suspek membuat aduan di Balai Polis Pasar Akar, Besut kira-kira jam 6.45 petang memaklumkan suspek mengamuk di rumah itu.
“Sebaik menerima maklumat itu, tiga anggota dari Unit Tugas Am diarah ke rumah terbabit menahan lelaki berkenaan, namun suspek yang ketika itu berada di belakang rumah terus meluru ke arah kenderaan dinaiki anggota berkenaan.

“Suspek yang bersenjatakan kapak kemudian menetak bonet kenderaan dinaiki anggota berkenaan, namun sebaik seorang anggota keluar dari kenderaan, suspek menyerangnya.

“Anggota berpangkat lans koperal itu terpaksa melepaskan satu das tembakan dan terkena paha kiri suspek sebelum lelaki itu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal ke rumah neneknya,” katanya.
Katanya, anggota berkenaan kemudian mengejar suspek dan berjaya menahannya di rumah neneknya sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved