Teman lelaki, ibu ditahan

on 26 Jun 2013

Gombak: Seorang lelaki dan ibu kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Umar Haiqal Mohd Hazlee yang dipukul hingga mati sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan hutan di Gunung Brinchang, Cameron Highlands direman seminggu bermula semalam.
Kereta Volvo 740 milik lelaki terbabit yang juga teman lelaki ibu mangsa turut dirampas polis kerana ia dipercayai digunakan untuk membawa mangsa sebelum ditanam.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan tengah hari kelmarin di rumah sewanya di Bandar Country Homes, Rawang, dekat sini dan ibu mangsa berusia 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, wanita terbabit yang juga anggota polis melarikan diri daripada tugas sejak dua tahun lalu dan tinggal bersama teman lelakinya yang dikenali pada 2010.
Foto
ANGGOTA polis menyiasat di lokasi kanak-kanak dua tahun ditanam.

“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis percaya sepanjang kanak-kanak terbabit dijaga ibunya dan lelaki terbabit, mangsa sering didera,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved