Samun abang kembar

on 20 Jun 2013

Balik Pulau: Kembar setan. Itu gelaran sesuai buat seorang lelaki apabila tergamak bersekongkol dengan tiga rakan untuk menyamun abang kembarnya di Bulatan Bayan Baru Jalan Tun Dr Awang, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, 37, turut dipukul sebelum dicampak di jalan raya oleh kumpulan penyamun berkenaan.

Mangsa yang cedera di muka sempat memandu kereta menuju ke tempat kerja isterinya di hotel berhampiran sebelum pengsan di situ.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan menjemput isterinya pulang di hotel terbabit sebelum kereta dipandu ditahan empat lelaki.

“Sebaik menghalang mangsa, kumpulan lelaki terbabit menariknya keluar dan memukul tanpa belas kasihan sebelum membiarkannya di tepi jalan.

“Kumpulan lelaki berkenaan turut merampas wang RM5,000, jam tangan, tiga telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi milik mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang cedera di muka memandu kereta ke tempat kerja isterinya.

“Bagaimanapun, mangsa rebah sebaik tiba di hotel sebelum diberikan bantuan beberapa pekerja.
“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan turut mengakui mengenali dua daripada suspek termasuk adik kembarnya,” katanya.

Menurutnya, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved