Rancang pengebumian sendiri

on 26 Jun 2013

London: Ketika orang biasa sibuk merancang sambutan hari lahir atau merancang percutian apabila berusia 40 tahun, Angelica Bull pula memilih merangka pelan pengebumiannya sendiri.
Di sebalik usia yang masih awal dan tidak menghidap sebarang penyakit, Angelica mula membuat perancangan itu tiga tahun lalu. Katanya, semua butiran pengebumian itu dicatatkan, termasuk jenis bunga yang akan dijadikan hiasan, lagu yang akan dimainkan serta jenis keranda yang diingini.

“Tidak ketinggalan, tempat saya dibaringkan untuk diberi penghormatan terakhir serta jenis hidangan kepada tetamu,” katanya.
Menurut Angelica, 43, dia menyimpan wang bernilai £6,000 (RM29,498) untuk menampung kos menguruskan mayatnya.

Kata pekerja pentadbiran itu, pengebumian berkenaan menggambarkan bagaimana dirinya mahu dikenang.

Sebagai seorang yang sentiasa membuat perancangan awal dalam semua perkara, sesetengah kawannya menganggap dia aneh. “Tetapi mereka tidak akan menganggap saya pelik jika saya mati esok,” katanya,. Wanita berasal dari Bermondsey di Tenggara London itu berkata, dia memikirkan perancangan untuk mati ketika berusia 40 tahun.
Foto
ANGELICA mencuba keranda yang dipilihnya.

“Semua orang berkata, hidup bermula pada usia 40 tahun, tetapi saya asyik terfikir jika keadaan sebaliknya berlaku,” katanya. Angelica mula mengumpul katalog dari syarikat menguruskan mayat untuk mencari keranda yang sesuai serta kelengkapan lain. Untuk muzik, Angelica memilih tiga lagu, iaitu The Sheik Of Araby oleh Louis Prima, One nyanyian U2 dan Gimme Shelter (Rolling Stones). - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved