Pilu panggilan ‘abang’

on 19 Jun 2013

Pasir Mas: Adik tiri kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Golok kelmarin, tiba-tiba memanggil abangnya walaupun baru pandai bercakap beberapa perkataan sehingga menimbulkan suasana pilu, malam kelmarin.
Guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Nor Asikin Abdul Rahman, 41, berkata anak sulungnya daripada dua beradik, Muhammad Syafaat Abdul Ghafar yang baru berusia setahun hasil perkahwinan kedua dengan Abdul Ghafar Musa, 51, tiba-tiba menyebut perkataan abang seolah-olah memanggil ketiga-tiga abangnya itu.
“Syafaat baru pandai bercakap dan dia menyebut perkataan abang malam tadi,” katanya pilu ketika ditemui selepas majlis pengebumian ketiga-tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang, di sini, semalam.

Jenazah Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi,6, dan Muhammad Irfan Rahman, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 11.10 pagi, semalam.
Foto
NOR Asikin kiri) mengucup jenazah anak-anaknya.

Harian Metro semalam melaporkan tiga beradik itu lemas ketika mandi di Sungai Golok berhampiran rumah mereka di Kampung Rahmat Hilir, kira-kira jam 4 petang.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved