Patah kaki dirempuh van

on 18 Jun 2013

Bagan Serai: Walaupun tercampak keluar dari kereta sejauh lebih 10 meter ketika keretanya kemalangan di Jalan Sungai Rawa, di sini, kelmarin, namun seorang lelaki cukup bertuah apabila masih hidup.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, R Muniandy, 45, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pekan Parit Buntar sebelum dirempuh sebuah van kilang dari arah hadapan.

Difahamkan mangsa yang memandu kereta model Proton Saga tidak sempat mengelak van yang gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya.
Saksi kejadian, Ramli Hasan,42, berkata dia yang sedang minum di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kejadian terkejut apabila mendengar bunyi kuat pelanggaran itu.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit tercampak keluar melalui cermin hadapan kereta yang pecah sejauh 500 meter sebelum terhumban ke dalam parit berhampiran.

“Saya sangka pemandu kereta itu maut dan tergamam apabila melihat dia masih hidup namun patah kedua-dua kaki,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved