Parang kena topi keledar

on 26 Jun 2013

Kuala Lumpur: Seorang wanita bernasib baik apabila parang dilibas lelaki yang ingin menyamun terkena pada topi keledar dipakainya dalam kejadian di Taman Batu Muda, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun baru turun dari motosikalnya untuk membuka pintu pagar rumah sewanya.

Menurut sumber, tiba-tiba lelaki membawa parang menghampirinya menyebabkan mangsa menjerit ketakutan.
“Melihat mangsa menjerit, suspek melibas parang dipegang ke bahagian kepala, mangsa terselamat kerana masih memakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved