Musibah Mantera

on 22 Jun 2013

Alor Setar: Seorang lelaki yang kecewa kerana lambat bertemu jodoh tidak menyangka sihir pemikat dipelajarinya hanya melalui Internet mendatangkan kesan, namun kegembiraannya tidak lama apabila dia kemudian dilanda musibah.
“Pada mulanya saya hanya cuba-cuba saja kerana sudah sekian lama saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan teman wanita sedangkan orang tua asyik mendesak supaya mendirikan rumah tangga. 
“Tak sangka pula ilmu saya dapat di Internet tanpa perlu berguru itu berkesan kerana selama ini, sudah puas saya cuba pelbagai cara untuk memikat hati wanita namun tetap tidak berjaya,” kata lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Jefri, 28. 

Menurutnya, sihir memikat wanita itu ditemuinya di sebuah laman web yang menyediakan pelbagai ilmu mistik lain termasuk kebal, memiliki khadam daripada golongan jin, selain mantera pengasih.
Foto
JEFRI menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro.

“Saya terdorong untuk mencuba ilmu pengasih daripada laman web itu kerana ia tidak mengenakan sebarang syarat atau ‘pengeras’ dan boleh diamalkan sesiapa saja,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved