Kerabat pukul petinju dihantar ke penjara

on 29 Jun 2013

Johor Bahru: Rayuan seorang kerabat diraja dan dua rakannya yang disabit kesalahan mendatangkan kecederaan kepada petinju negara Muhammad Farkhan Mohd Haron, 25, pada Mei tahun lalu untuk menangguh hukuman penjara sehingga Aidilfitri (Ogos ini) ditolak Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Zamri Bakar, semalam.
Zamri turut memerintahkan supaya ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman penjara empat tahun berkuat kuasa serta-merta mulai semalam.

Zamri membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohd Arif Husin, 36.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Farkhan dengan menggunakan senjata tumpul antara jam 4.30 pagi dan 7 pagi di Jalan Molek 3/2, Taman Molek di sini, pada 6 Mei 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan turut dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama (Akta 574) jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala semua tertuduh diwakili peguam bela Norman Fernandez, Mohd Abdul Kadir, Zamri Idros dan Mazri Muhamad.
Foto
MOHD Arif (kiri depan), Tunku Nick Tazuddin (tengah) dan Alex (belakang kanan) di luar mahkamah, semalam.
Terdahulu, Muhammad Farkhan dipanggil memberi Pernyataan Kesan Terhadap Mangsa (Victim Impact Statement) berkaitan kejadian terbabit.
sumber : mymetro

Dalam rayuan peguam bela kepada mahkamah, semua tertuduh memohon supaya hukuman ke atas ketiga-tiga tertuduh ditangguhkan sehingga Aidilfitri.
Ia bagi memberi peluang kepada dua daripada mereka bagi menjalani ibadat puasa dan beraya bersama keluarga masing-masing.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Muhammad Farkhan dicederakan selepas menerima panggilan seorang daripada suspek untuk ke rumahnya ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak.
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved