Kantoi jamin adik

on 22 Jun 2013

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki yang datang untuk mengikat jamin adiknya yang ditahan kerana mengambil dadah menjerat diri selepas dia turut ditahan atas kesalahan sama dalam kejadian di Tol Awan Besar, Bukit Jalil, dekat sini, malam kelmarin.
Dua beradik berusia 20-an itu ditahan dalam Ops Pengarah yang dilancarkan dalam operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam sekatan jalan raya bermula jam 8.30 malam dan berakhir empat jam kemudian itu memeriksa lebih 500 kenderaan dan 180 saman dikeluarkan.
Pada mulanya si adik menaiki motosikal ditahan atas kesalahan menggunakan laluan kereta pada jam 9 malam sebelum dia diserahkan kepada AADK selepas melihat lelaki itu resah.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian saringan air kencing lelaki itu didapati positif ganja menyebabkan dia ditahan sebelum pihak AADK memintanya menghubungi waris untuk tindakan selanjutnya.

Abangnya kemudian datang setengah jam selepas itu untuk menjamin adiknya, bagaimanapun pihak berkuasa curiga melihat tindak tanduk lelaki itu turut meminta dia menjalani ujian saringan air kencing sebelum mendapati dia positif syabu.
Sementara itu, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Nazri Othman berkata, operasi bersepadu dilancarkan itu menahan tiga lelaki positif dadah selain mengeluarkan 180 saman atas pelbagai kesalahan termasuklah tidak ada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, mengubahsuai kenderaan dan melanggar spesifikasi JPJ.

Katanya, operasi itu disertai 100 pegawai dan anggota melakukan pemeriksaan ke atas 500 kenderaan dan daripada jumlah itu 180 kes dicatatkan.
“Pihak AADK turut menjalankan ujian air kencing ke atas 31 pengguna jalan raya dan tiga daripadanya positif dadah.

“Hasil keseluruhan operasi, kami menyita 15 motosikal, empat kereta, sebuah trailer kontena atas kesalahan tamat cukai jalan,” katanya pada sidang media kepada pemberita.

Nazri berkata, pihaknya turut menyita sebuah teksi dipandu seorang lelaki warga India yang memandu teksi tanpa permit.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved