Ibu dakwa kepala anak dihantuk ke dinding

on 28 Jun 2013

Subang Jaya: Seorang ibu mendakwa anak lelakinya bukan saja dihantuk kepala di dinding, malah turut dicurah dengan air selain dimaki hamun oleh pengasuhnya di Taman Puchong Perdana, di sini, kelmarin.
Ibu berusia 31 tahun itu diberitahu mengenai kejadian itu selepas suaminya menerima panggilan dari seorang kenalan memaklumkan pengasuh terbabit sedang ‘naik hantu’ dengan memukul anaknya di kediaman wanita itu.

Wanita itu yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, sebaik saja menerima panggilan dari suaminya, dia terus bergegas ke rumah pengasuh terbabit dan mendapati anaknya yang berusia dua tahun itu berada dalam ketakutan.
“Pengasuh terbabit memaklumkan anak saya terjatuh dan muntah-muntah, namun selepas diperiksa, ada kesan lebam di kepalanya dan saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis selepas jiran pengasuh itu menceritakan apa yang terjadi kepada anak lelaki saya ini.

“Jiran pengasuh itu memaklumkan sering mendengar tangisan serta jeritan anak tunggal saya dan pada masa yang sama wanita itu memaki hamun dengan kata-kata kesat,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sebuah pusat perubatan semalam.

Menurutnya lagi, sejak tujuh bulan anaknya dihantar ke rumah suspek, kanak-kanak itu sering muntah-muntah ketika dalam jagaannya, dan pemeriksaan doktor turut tidak menunjukkan sebarang penyakit.
Katanya, dia kini menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan berharap sekiranya benar anaknya didera, wanita terbabit akan menerima balasan yang setimpal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Bukit Puchong, dekat sini, kira-kira jam 10.20 malam kelmarin.
“Terdapat saksi mengatakan pernah melihat suspek menghentak kepala mangsa ke dinding.

“Kanak-kanak terbabit kini sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan dan kita siasat kes ini mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved