Heroin dalam seluar sendat

on 26 Jun 2013

New York: Seorang penari bogel ditahan pihak berkuasa selepas polis menemui sejumlah dadah disembunyikan dalam seluar pendeknya, semalam.
Jurucakap polis berkata, Tiffany Evans, 20, menumpang sebuah kereta yang ditahan kerana melanggar lampu isyarat merah di Springfield, New York.

“Apabila polis memeriksa pemandu dan penumpang kereta itu, mereka terkejut menemui 50 bungkusan heroin yang disembunyikan dalam seluar pendek sendat Tiffany,” katanya. Jurucakap itu berkata, Tiffany baru saja bekerja di kelab tarian bogel itu dan tidak mempunyai pakaian mencukupi bagi menyembunyikan dadah berkenaan. “Dia tiada seluar panjang.
“Dia cuma ada seluar pendek sendat dan cuba menyumbat dadah itu ke dalamnya tetapi gagal,” katanya. Tiffany kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan dijangka didakwa di mahkamah Ogos depan. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved