Disamun lepas makan

on 27 Jun 2013

Kuala Lumpur: Kegembiraan tiga sahabat selepas menikmati makan malam di sebuah restoran bertukar malang apabila dipukul dan disamun enam lelaki dalam kejadian di Jinjang, di sini, kelmarin.
Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian RM5,000 dan cedera di muka serta badan.

Sumber polis berkata, tiga mangsa berusia 20-an didatangi enam lelaki yang memberhentikan motosikal di depan mangsa dan minta mereka supaya tidak bergerak.
“Mangsa cuba melarikan diri ke arah kereta, namun tidak sempat apabila enam lelaki bertindak ganas memukul mereka dengan besi dan tangan.

“Akibatnya mangsa terjatuh dan terus dipukul hingga cedera,” katanya di sini, semalam.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved