Budak perempuan mati dipijak gajah

on 19 Jun 2013

Kathmandu: Seekor gajah memijak mati seorang kanak-kanak perempuan selepas mengheret mangsa dari rumahnya di kawasan terpencil di tenggara Nepal, kata polis semalam.
Pegawai polis tempatan, Pralhad Keshari berkata, tiga anggota keluarga mangsa sempat melarikan diri apabila gajah itu merempuh rumah mereka di kawasan pertanian di Dholbazar, malam kelmarin.

“Malangnya kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya. Menurut Keshari, polis menghalau gajah itu. Kampung Dholbazar terletak berhampiran sempadan dengan India, kira-kira 370 kilometer di tenggara Kathmandu. Kejadian serangan ganas gajah ke atas manusia terus meningkat di Nepal dan ia dikaitkan dengan penebangan hutan berleluasa di negara itu. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved