Bayi empat kaki selamat dibedah

on 22 Jun 2013

Windhoek: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dari Namibia terpaksa menjalani pembedahan selepas dilahirkan dengan empat kaki.
Andrew Palismwe dari Caprivi memberikan tindak balas baik terhadap rawatan selepas menjalani pembedahan selama sembilan jam bagi membuang dua kakinya di Hospital Kanak-Kanak Red Cross War Memorial di Cape Town, Afrika Selatan.

Bayi itu kini semakin pulih di Hospital Besar Windhoek di Namibia.
Dia dilahirkan dengan dua kaki tambahan di bawah perutnya pada 6 April lalu. Keadaan itu dikatakan akibat daripada kembar yang tidak wujud sepenuhnya. Pakar neonatologi hospital itu, Dr Clarissa Pieper berkata: “Ini adalah keadaan di mana kembar seiras melekat bersama akibat daripada embrio kembar yang tidak berpisah sepenuhnya, tetapi membentuk dua bayi yang membesar sesama sendiri. Dalam kes ini, bayi yang seorang lagi tidak membesar sepenuhnya.” - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved