3 kali gagal jumpa anak

on 26 Jun 2013

Shah Alam: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam membenarkan permohonan pengacara dan pelakon Jimmy Shanley mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada bekas isterinya berhubung kegagalannya mendapatkan hak bermalam dengan anak perempuan tunggal mereka Zahrah Rania Shanley seperti diputuskan mahkamah.
Hakim Syarie Mawardi Che Man kemudian memerintahkan notis tunjuk sebab dikeluarkan terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, selaku responden mengapa dia tidak boleh dipenjarakan mengikut Seksyen 151 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu, Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memaklumkan pihaknya sudah memfailkan afidavit sokongan dalam permohonan itu yang diikrarkan abang Jimmy Datuk Young Jawahir Mohd Idrus serta kakak iparnya Datin Mastura Marliza Razali.
Mahkamah menetapkan 30 Julai depan untuk sebutan kes.

Pada 8 April lalu, mahkamah memberikan hak jagaan penuh Zahrah Rania, 2, kepada Nursuhaila. Bagaimanapun, Jimmy diberikan hak lawatan dan bermalam dengan Zahrah Rania selama tiga hari setiap minggu.

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 33, diberikan hak bersama dan bermalam dengan anaknya pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis selain kebenaran menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama Zahrah Rania bermula tahun ini secara bergilir-gilir dengan Nursuhaila.
Bagaimanapun, Jimmy memfailkan notis tunjuk sebab selepas tiga kali gagal mendapatkan hak bermalam dengan anaknya atas dakwaan tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila.

Pada hari sama, dia turut memfailkan permohonan mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan Nursuhaila akibat kegagalan mematuhi perintah mahkamah itu.
Sementara itu, Nursuhaila pula memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan perintah berkenaan dan kes itu didengar pada 9 Mei lalu.

Selepas prosiding semalam, Jimmy tetapi mengunci mulut mengenai status terkini dirinya yang dikatakan sudah bernikah dengan janda, baru-baru ini.

Walaupun diasak dengan pelbagai soalan, namun, Jimmy lebih senang menjawab ‘no komen’.

Katanya, banyak hati perlu dijaga, lagipun sekarang dia sibuk dengan peperiksaan peringkat sarjana di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved