Gol Tendangan Bebas Futsal Terbaik? [Video]

on 20 Disember 2012


Perhatikan baik-baik pecinta futsal, ini adalah eksekusi tendangan penalti tercantik dari kaki seorang pemain futsal Brazil, Falcão. Nama gerakannya adalah 'spinning backheel lob'.
BTW, jika kamu merasa asing dengan nama gerakan tersebut, itu kerana Falcão sendiri yang baru menemukan dan menamakan 'jurus'nya itu.

Poster-Poster yang Benar-Benar Nyata


Poster inovatif ini dirancang oleh Finn Magee yang dapat menunjukan waktu yang akurat, menghasilkan cahaya yang terang dan bermain musik dari smartphone anda. Gambar 2D yang datar berfungsi sama halnya objek tiga dimensi, Komponen elektronik tersimpan dibalik poster masing-masing yang membuat poster ini benar-benar nyata.(**)

123456
(Sumber: toxel.com)
(Sumber: toxel.com)

Sumber: Toxel.com, uniknya.com

Lawak… Solusi Unik Para “Kreatif”


Sebuah idea boleh datang darimana saja dan kapan saja, ketika permasalahan datang mendera. Tapi terkadang solusi yang dihasilkan, membuat sebagian orang akan tersenyum bahkan boleh jadi tertawa terbahak-bahak. Seperti yang dilakukan beberapa orang berikut. 

15
(sumber: uphaa.com)
(sumber: uphaa.com)
1312111098765432
(Sumber:uphaa.com)
(Sumber:uphaa.com)

Sumber : oddee.com, uniknya.com

Nenek 76 Tahun Ini Bercinta Dengan Pemuda Usia 18 Tahun

detail berita
Pada  27 November 2012, TLC menayangkan acara bernama Extreme Cougar Wives. Seperti judulnya, acara ini menceritakan 3 orang wanita separuh baya yang berpacaran atau bercinta dengan pria-pria muda. Selisih umur mereka tidak tanggung-tanggung, karena pria-pria itu sebenarnya lebih cocok jadi anak atau cucu mereka.
Wanita pertama adalah Hattie, usianya 76 tetapi masih bersemangat dan sehat layaknya wanita muda. Usia Hattie sudah masuk dalam kategori lanjut usia, tetapi beliau masih bisa melakukan berbagai pose yoga, salah satunya adalah pose berdiri dengan tangan dan kaki di atas. Tanpa malu-malu, Hattie mengatakan dalam acara Extreme Cougar Wives bahwa dia masih memiliki hasrat seksual yang membara.
Sebuah perbualan santai dalam acara itu membuat banyak orang tercengang. Bagaimana tidak, Hattie mengatakan bahawa dia pernah berkencan dan berhubungan intim dengan seorang pemuda berusia 18 tahun. Bayangkan selisih usia mereka, 58 tahun (pembawa acara Extreme Cougar Wives sampai ternganga mendengar cerita ini). Usia yang lebih sesuai sebagai nenek dan cucu.



Selain Hattie, pasangan yang menimbulkan pro kontra adalah Jude (53 tahun) dan Kevin (21 tahun). Mereka bertemu pertama kali saat Kevin berusia 14 tahun. Kevin sendiri adalah teman sekelas anak perempuan Jude. Dalam acara Extreme Cougar Wives, mereka mengumumkan akan menikah. Hal ini mendapat tentangan dari ibu Kevin yang usianya lebih muda daripada Jude. Bagi ibu Kevin, hal ini sangat tidak normal.
Sejauh ini, belum ada tanggapan positif dalam acara ini. Perbedaan umur pasangan selalu menjadi pembicaraan yang hangat, apalagi jika usia sang pria jauh lebih muda daripada sang wanita.

Wah, Kertas Pembungkus Burger Ini Boleh Dimakan


  • detail berita





Sumber 

Aksi selamba curi seluar dalam











sumber gambar : stomp.com.sg

Lagi fashion disaster manusia sekarang


RM360,000 ditemui dalam longgokan sampah


TOKYO: Seorang pekerja di pusat pelupusan sampah di Jepun menemui wang bernilai lebih RM360,000 dalam longgokan bahan buangan, kata polis semalam.
Jurucakap polis Asaminami di Hiroshima berkata, wang berkenaan tidak terjejas selepas melalui mesin pengisar sampah.

“Pekerja terbabit juga menemui kira-kira 2,300 cebisan wang kertas yang musnah akibat dikisar mesin berkenaan,” katanya.


Jurucakap itu berkata, kemudahan di pusat pelupusan sampah itu memproses bahan buangan seperti almari dan tilam - yang tidak boleh dipungut kenderaan pembuang sampah biasa. “Polis percaya pemilik wang itu mungkin terlupa wang berkenaan apabila membuang perabot berkenan.

“Polis juga menolak kemungkinan ada unsur jenayah berkaitan penemuan wang ini,” katanya. - AFP


sumber : mymetro

Bakso tidak ditanggung halal


JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram. “Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.

“Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak,” katanya.
Turut menjadi pertimbangan, kata Maruf, adalah mesin pengisar yang digunakan untuk semua jenis daging.

“Keadaan itu menyebabkan ada kemungkinan berlaku percampuran antara daging lembu dan babi,” katanya. Menurut Maruf, isu percampuran daging lembu dan babi memang merugikan peniaga.

Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab memisahkan jual beli daging halal dan haram di pasar terletak pada pihak berkuasa tempatan.
Justeru, kata Maruf, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu berkenaan.

“MUI tidak ada kuasa mengatur urusan jual beli daging di pasar,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Penyelidikan Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik MUI, Lukmanul Hakim, berkata daripada kira-kira 50,000 produk bakso, hanya 100 mendapat sijil halal daripada badan itu. Katanya, sijil dikeluarkan selepas seluruh proses pengeluaran berkenaan diselidik.

Menurut Lukmanul Hakim, banyak yang tidak lulus kerana diberi makanan yang mungkin terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.

“Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu,” katanya. - Kompas.com

sumber : mymetro

Pintas van, jumpa lembu


KUALA TERENGGANU: Seorang jurukimpal koma selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik selepas merempuh seekor lembu di Kampung Bintang, Jertih, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, Long Hamzah Long Ismail, 47, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh, cuba memotong van menghantar akhbar di lokasi kemalangan itu. 
Malangnya, tindakan mangsa memotong van terbabit menyebabkan dia bertembung dengan seekor lembu yang berada di atas jalan berkenaan menyebabkan Proton Saga dipandunya terbabas sebelum terbalik.

Rakan mangsa, Maizura Mat Noor, 33, yang ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 4 pagi semalam daripada pemandu van berkenaan yang menghubunginya menerusi telefon bimbit milik Long Hamzah memaklumkan mangsa dalam keadaan parah dan dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan selepas terbabit dalam kemalangan itu.


sumber : mymetro

Bangga kongsi suami


KOTA BHARU: “Dia bukan saja suami yang baik kepada empat isteri tetapi bertanggungjawab terhadap semua 10 anak.
“Kami bangga berkongsi suami. Walaupun tegas, dia mampu membahagiakan isteri dan dengan penuh kasih sayang,” kata Datin Hasnah Mat Ya, 54, isteri pertama kepada Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.

Menurut Hasnah, hasil didikan suaminya, dia rapat dan baik dengan tiga madunya, Rafizah Senawi, 45, Norreha Abdul Rahman, 42 dan Suriawati Idris, 32.


Katanya, bagi memudahkan perhubungan kekeluargaan, suaminya menyediakan rumah berasingan untuk mereka dalam jarak perjalanan antara satu hingga tiga kilometer antara satu sama lain.

“Saya sebagai isteri pertama tinggal di Pasir Tumboh, manakala madu saya yang lain mendiami rumah berasingan tidak jauh dari rumah saya.


“Apa yang disediakan suami untuk memudahkan kami berulang alik serta bertemu setiap masa bagi kepentingan keluarga, khususnya anak,” katanya.



Isteri kedua, Rafizah mengakui suaminya cukup teliti memastikan semua anaknya cemerlang dalam akademik.

Katanya, suaminya sanggup meluangkan masa selepas jam 4 petang menyediakan kelas tambahan untuk membantu empat anaknya yang menduduki PMR tahun ini.


“Kami bersyukur kerana empat anak kami memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR. “Semua anak rapat dengan suami. Dia bukan saja ketua keluarga yang baik kepada empat isteri, tetapi sentiasa mengutamakan pelajaran,” katanya.

sumber : mymetro

Cuba sorok dalam tandas


MELAKA Seorang penjenayah bukan saja gagal melarikan beberapa peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman, malah turut dicekup polis ketika bersembunyi di dalam tandas, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 pagi, kegiatan suspek berusia 34 tahun itu dihidu polis yang melakukan rondaan di kawasan lot kedai menempatkan pejabat syarikat itu di Plaza Mahkota, di sini.

Menurut sumber, anggota peronda yang kebetulan melalui kawasan itu curiga selepas melihat sebuah Honda EX5 diletakkan di belakang premis berkenaan.


“Curiga dengan keadaan itu, mereka kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk pada pintu premis.

“Malah, pemeriksaan di tingkat bawah premis itu menemui lelaki berkenaan yang bersembunyi di dalam tandas,” katanya, semalam.


Menurutnya, pemeriksaan menjumpai kain dan tali yang diikat melalui cermin tandas premis itu dipercayai untuk digunakan suspek bagi melarikan diri.



Katanya, polis turut menemui komputer riba di dalam dua kotak dipercayai dikumpul suspek untuk dicuri serta pemutar skru.

“Panik kegiatannya dihidu, lelaki itu mengikat beberapa helai kain dan tali dipercayai digunakan untuk keluar dari premis melalui tingkap tandas namun gagal,” katanya.


Sementara it, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, malah ujian air kencing turut mendapati suspek ketika itu positif mengambil dadah jenis methamphetamin” katanya ketika dihubungi, semalam.


sumber : mymetro

Budak diseret 10km


NIBONG TEBAL: Seluruh badannya hancur hingga menampakkan tulang, manakala kepalanya pula berkecai dan hanya meninggalkan cebisan rambut.
Begitu keadaan mayat seorang kanak-kanak, Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Salam, 3, yang diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaikinya bersama keluarga yang terbabas kerana mengelak bangkai haiwan di atas jalan.
Lebih memilukan apabila mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.

Mayat mangsa dalam keadaan mengerikan itu ditemui pengguna lebuh raya di tepi jalan berhampiran Hentian Sebelah Sungai Bakap, dekat sini, sebelum memaklumkannya kepada polis.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku jam 8.45 malam apabila kereta Ford Laser yang dinaiki mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini


sumber : mymetro

Budak disamun dalam surau


KUALA LUMPUR: Biarpun berada dalam surau, seorang kanak-kanak lelaki masih menjadi mangsa jenayah apabila dia bukan saja dipukul sebaliknya turut disamun dua lelaki dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohd Fairuez Irwan Shah, 11, bukan saja cedera di kepala sebaliknya kehilangan telefon bimbit yang dihadiahkan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 49, sempena hari lahirnya pada tahun lalu.

Ketika kejadian, Fairuez menunggu di surau berkenaan bagi menunaikan solat Zuhur. Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia dan ahli keluarganya dididik bapa supaya menunaikan solat di surau atau masjid sejak berumur 10 tahun. Menceritakan semula kejadian itu, Fairuez berkata, dia yang menunggu masuk waktu solat didatangi dua lelaki berusia 20-an.


“Saya kenal seorang saja..lagi seorang saya tidak kenal. Sebaik datang, mereka rampas telefon bimbit saya. Belum sempat berkata apa-apa, lelaki itu menumbuk dan memukul saya.

“Mereka mengarahkan saya supaya pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Fairuez berkata, dia memaklumkan kejadian itu kepada abangnya selepas pulang ke rumah manakala bapanya mengetahui kejadian itu selepas pulang dari tempat kerja jam 11 malam.



“Saya dibawa ayah ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia kini trauma untuk pergi ke surau atau masjid sendirian.


“Namun, jika ditemani ahli keluarga atau ayah, saya akan pergi,” katanya. Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

sumber : mymetro

Awek cun cari teman

Ini Dia Rekod Kad Merah Tercepat Di Dunia




Sumber 

Aksi tak peduli orang lain

romen

Inspirasi Gaya Busana Hamil Putri Kerajaan di Dunia




Sumber

Rihanna Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru


Bintang R & B Rihanna telah membeli hadiah Natal lebih awal untuk dirinya dengan membeli sebuah rumah sebesar 7,5 juta poundsterling  di Pacific, Palisades, California. Tempat baru ini menawarkan tujuh kamar tidur, sembilan kamar mandi, kolam renang dan dek matahari, barbekyu outdoor dan bar area dengan pemandangan yang indah.

Sebelumnya Rihanna dipaksa untuk menjualnya Beverly Hills dengan harga murah atau pada mengalami kerugian setelah mengetahui kalau rumahnya mengalami cacat serius dengan air di dalam rumah tersebut. Dia kemudian mengajukan saman terhadap wanita yang menjualnya rumah tersebut.

Adapun rumah sebelumnya adalah seperti di bawah ini

Dan rumah barunya saat ini boleh dilihat di bawah ini



Beginilah enaknya kalau punya banyak dan masih muda, salah beli rumah tidak masalah, beli rumah baru saja yang lebih besar. Selamat kepada Rihanna.
AD/GH

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved